• Image 01
  • Image 02
  • Image 03
  • Image 04
  • Image 05

Permohonan Online ePSH

Demo Image

eBorang

Kursus Pendek - Reskilling

MOHON!

Kolej Komuniti Sik

Kolej Komuniti Sik adalah salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi. Matlamat utama penubuhan kolej ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pelajaran. Selain itu, kolej ini juga menyediakan latihan khusus jangka pendek kepada ahli masyarakat dan komuniti setempat untuk mempelajari bidang kemahiran atau menambahbaik kemahiran sedia ada. Selaras dengan visi dan misi Kolej Komuniti, Kolej Komuniti Sik menawarkan kursus yang berkaitan dengan aktiviti ekonomi setempat bagi melahirkan pekerja terlatih serta memberi peluang pendidikan di peringkat akar umbi.

Kolej Komuniti Sik mula beroperasi pada 1 Mei 2014 di bangunan rumah kedai dua tingkat yang terletak di alamat No. 28-A, Pusat Perniagaan Alamanda, 08200 Sik, Kedah. Pada awal penubuhannya, Kolej Komuniti Sik merupakan Pusat Tanggungjawab (PTJ) Tumpang di Kolej Komuniti Sungai Petani. Mulai tahun 2016, Kolej Komuniti Sik telah beroperasi sebagai sebuah PTJ Induk dan semua urusan Kewangan, Pentadbiran, Perkhidmatan serta Hal Ehwal kolej diuruskan sendiri oleh Kolej Komuniti Sik. Pengambilan pelajar sulung di kolej ini adalah pada sesi kemasukan Julai 2015 yang merekodkan sejumlah 30 pelajar mendaftar untuk mengikuti kursus sepenuh masa dalam jurusan Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan (SPK). Kumpulan tenaga pengajar pertama yang ditempatkan di Kolej Komuniti Sik adalah seramai 5 orang yang terdiri daripada seorang pensyarah lelaki dan 4 orang pensyarah perempuan. Kolej Komuniti Sik telah secara rasmi menerima Pengarah pada 1 Jun 2015 dan keseluruhan jawatan pentadbiran telah diisi yang terdiri daripada seorang kakitangan lelaki dan 3 orang kakitangan perempuan.

Dengan tertubuhnya Kolej Komuniti Sik, maka bertambahlah peluang-peluang pendidikan kepada pelajar-pelajar lepasan menengah yang mempunyai minat dalam bidang berasaskan kemahiran. Selain daripada itu, kolej ini juga sentiasa bersedia untuk memenuhi keperluan dan permintaan komuniti setempat melalui kursus jangka pendek yang diadakan di kolej dari semasa ke semasa. Melalui kursus-kursus pendek sebegini, para peserta mendapat pendedahan dan kemahiran yang seterusnya dapat membantu meningkatkan kualiti kerja. Lulusan sepenuh masa Kolej Komuniti Sik pula berpeluang untuk mengisi keperluan tenaga kerja mahir industri dalam bidang Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan atau memulakan perniagaan sendiri sebagai usahawan.

Hubungi Kami

Demo Image

  • No. Tel: 04-4693101 / 04-4693102
  • No. Faks: 04-4693103
  • Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Alamat: Kolej Komuniti Sik, No. 28-A, Pusat Perniagaan Alamanda, 08200 Sik, Kedah Darul Aman
  • mohe
    MOHE
    Kementerian Pendidikan Tinggi
    www.mohe.gov.my
  • akept
    AKEPT
    Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi
    akept.mohe.gov.my
  • upu
    UPU
    Kemasukan Pelajar Pendidikan Tinggi
    upu.mohe.gov.my
  • jpkk
    JPKK
    Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti
    www.jpkk.edu.my
  • hrmis
    HRMIS
    Sistem Pengurusan Sumber Manusia
    www.eghrmis.gov.my
  • esis
    eSIS
    Staff Information System
    www.esis.gov.my/esis2